my baby inside my tummy. 13 weeks ;)

Assalamualaikum w.b.t.

bulan 11 tahun 2013 tunang dengan encik hasben,hujung bulan 11 tahun 2014 kawen dgn encik hasben. tak sampai dua bulan kawen alhamdulillah aku disahkan pregnant. Aku sempat period sekali je after kawen tu pun period dah ting tong sangat sangat. Memang aku suami isteri nakkk sangat sangat anak. Alhamdulillah Tuhan makbulkan. Bunting pelamin kata kawan ofisku. Very the fasha sandha. kihkihkih. indahnya aturan hidup Allah. aku je yang meratap, menangis, menyesal dengan percaturan dahulu. Asal gaduh je nangis, asal nangis je gaduh. Time tunang kan memang darah manis dugaan pun bertimbun yg datang. padahal, Allah dah sediakan yang indah-indah di sebalik yang sedih-sedih dulu tu.

syukur Alhamdulillah.

inai belum pun habis separuh kat jari, dah dapat berita yang aku mengandung. patut la masa on the way balik dari KL hari tu aku asyik marah je encik hasben bawak kete. aku rasa macam nak muntah-muntah masa kereta bergerak. haha. habis tu kalau kereta tak bergerak sampai kiamat aku tak sampai rumah kan? rupanya masa tu simptom-simptom mengandung rupanya. Tapi ada satu simpton yg agak aneh sebab masa tu aku rasa bau ketiak hasben sangat wangii. tetiap malam aku tido  di celah ketiak hasbenku.. hasbenku relakan aje. kekekeke. pelik pelik rupanya perangai orang mengandung ni. Dah masuk terimester kedua ni baru menyedari hakikat yang ketiak sangat busuk sebenarnya. kesian suami sampai kekadang aku letak bantal kat tengah tengah sebab tak boleh bau badan dia. Nasib baik suamiku jenis yg memahami. Hehehehe. Sorry ye sayang.

tarikh jangka bulan 9 tahun ni. tak lama dah kan? plus minus 25 minggu je lagi. ahaks. Moga anak ummi baik baik aje kat dalam ni ye. Jangan nakal nakal tau. Membesar seiring usia tauu. Next week nak check up kat KKA ni. Moga semuanya baik baik hendaknya. Tak sabar nk tengok kamu next week. Cayangg ank ummi nih. Ummuuahh. 

so far, morning sickness yang teruk-teruk tak de lagi. setakat rasa mual muntah tu normal sebab perubahan hormon kan. Normal ke? Normal la kot bila tetiap hari muntah kat ofis. Masuk je makanan terus muntah. Tak makan kang masuk angin lak perut ni. Nasib baik la ada minyak cap kapap sebagai penyelamat. ehee. tapi sangat syok rupanya bila mengandung ni. kita jalan laju sikit, ada orang tegur, jalan tu slow-slow. awak bukan bawak diri sesorang. ada baby. bila teringin nak makan something, ada je yang tunaikan. terasa diriku begitu berharga. bila balik kerja rasa tak larat, ngengada sikit ngan encik hasben. kah kah kah. best. 

yang berpengalaman semua duk turunkan ilmu, petua. maklumla, ibu muda katanya. haha.

alhamdulillah. setiap yang Allah titipkan, sama ada susah atau senang, adalah percaturan untuk kita. susah itu ujian. senang pun ujian jugak sebenarnya. terpulang pada cara hati kita mentafsirkannya. terpulang pada minda kita memanipulasikannya. semoga yang baik-baik sentiasa di sisi kita. semoga yang buruk-buruk di jauhkan daripada kita. 

My little caliph inside my tummy. Scan masa 11weeks 2 day. excited yakmat bila tengok jantung baby berdegup laju. Alhamdulillah kepala dah nampak, tangan kaki sume dah nampak time ni. Syukur ya Allah. 


Moga anak ummi membesar dengan sihat, sempurna, cukup sifat dan semuanya baik baik aje hendaknya. Aminn.  Ummi and walid love you baby. Alhamdulillah. 

Thanks for read bloggers. ;)


No comments: