Syukur Ya Allah.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah syukur kerana masih diberikan kesihatan oleh Allah, masih dapat bernafas di bumi Allah, masih dapat menikmati keindahan alam ciptaanNya dan masih dapat mengerjakan perintahNya.

Syukur ku panjatkan kepadaMu ya Allah, atas rezeki dan nikmat yang Kau berikan. Tidak aku kisah akan apa jua bentuknya. Anak...Suami...Keluarga...Kerja...Bahagia...syukur yang tak terhingga padaMu ya Tuhan. Ya Allah Nikmat mana lagi yang mahu aku dustakan?

Ampunkan aku ya Allah, andai diri ini kekadang terleka. Kejutkan aku ya Allah dari mimpi duniawi yang membawa leka. Berikan aku peluang dalam menikmati manis hidayahMu. Alhamdulillah,Terima Kasih Allah.


Alhamdulillah dengan rezeki anak yang Kau berikan. Rezeki yang paling besar buat kami suami isteri. *33 weeks of pregnancy


bahagia itu nikmat :)


Thanks sayang untuk segalanya. I Love You So Much. ** Ummi and Walid to be.


Barang baby dah ready ! tinggal nk topup barang ummi pulakkk. Tak sabauu nk tunggu anak syurga ummi ni lahir. Muuahhhhh


Assalamualaikummm. Anak dara Ummi wat pe kat dalam tuuu? Mulut tuuu ikut waliddd sangatt. :D


 syukur dikurniakan kawan-kawan yang sekepala. Ada time susah senang. Macam ni lah baru namanya kawan. Love uolsssssss muahhhhhhh.


sahabat selamanya.


 sekitar jamuan raya ofiskuu. 


Juadah raya..


 kek batik sarawak n puding caramel. 


juadah raya lagi. 


Di kesempatan ni, iolss ucapkan "selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin" buat yang mengenali dirikuu ini . Kosong-kosong yerr. :)

my baby inside my tummy. 13 weeks ;)

Assalamualaikum w.b.t.

bulan 11 tahun 2013 tunang dengan encik hasben,hujung bulan 11 tahun 2014 kawen dgn encik hasben. tak sampai dua bulan kawen alhamdulillah aku disahkan pregnant. Aku sempat period sekali je after kawen tu pun period dah ting tong sangat sangat. Memang aku suami isteri nakkk sangat sangat anak. Alhamdulillah Tuhan makbulkan. Bunting pelamin kata kawan ofisku. Very the fasha sandha. kihkihkih. indahnya aturan hidup Allah. aku je yang meratap, menangis, menyesal dengan percaturan dahulu. Asal gaduh je nangis, asal nangis je gaduh. Time tunang kan memang darah manis dugaan pun bertimbun yg datang. padahal, Allah dah sediakan yang indah-indah di sebalik yang sedih-sedih dulu tu.

syukur Alhamdulillah.

inai belum pun habis separuh kat jari, dah dapat berita yang aku mengandung. patut la masa on the way balik dari KL hari tu aku asyik marah je encik hasben bawak kete. aku rasa macam nak muntah-muntah masa kereta bergerak. haha. habis tu kalau kereta tak bergerak sampai kiamat aku tak sampai rumah kan? rupanya masa tu simptom-simptom mengandung rupanya. Tapi ada satu simpton yg agak aneh sebab masa tu aku rasa bau ketiak hasben sangat wangii. tetiap malam aku tido  di celah ketiak hasbenku.. hasbenku relakan aje. kekekeke. pelik pelik rupanya perangai orang mengandung ni. Dah masuk terimester kedua ni baru menyedari hakikat yang ketiak sangat busuk sebenarnya. kesian suami sampai kekadang aku letak bantal kat tengah tengah sebab tak boleh bau badan dia. Nasib baik suamiku jenis yg memahami. Hehehehe. Sorry ye sayang.

tarikh jangka bulan 9 tahun ni. tak lama dah kan? plus minus 25 minggu je lagi. ahaks. Moga anak ummi baik baik aje kat dalam ni ye. Jangan nakal nakal tau. Membesar seiring usia tauu. Next week nak check up kat KKA ni. Moga semuanya baik baik hendaknya. Tak sabar nk tengok kamu next week. Cayangg ank ummi nih. Ummuuahh. 

so far, morning sickness yang teruk-teruk tak de lagi. setakat rasa mual muntah tu normal sebab perubahan hormon kan. Normal ke? Normal la kot bila tetiap hari muntah kat ofis. Masuk je makanan terus muntah. Tak makan kang masuk angin lak perut ni. Nasib baik la ada minyak cap kapap sebagai penyelamat. ehee. tapi sangat syok rupanya bila mengandung ni. kita jalan laju sikit, ada orang tegur, jalan tu slow-slow. awak bukan bawak diri sesorang. ada baby. bila teringin nak makan something, ada je yang tunaikan. terasa diriku begitu berharga. bila balik kerja rasa tak larat, ngengada sikit ngan encik hasben. kah kah kah. best. 

yang berpengalaman semua duk turunkan ilmu, petua. maklumla, ibu muda katanya. haha.

alhamdulillah. setiap yang Allah titipkan, sama ada susah atau senang, adalah percaturan untuk kita. susah itu ujian. senang pun ujian jugak sebenarnya. terpulang pada cara hati kita mentafsirkannya. terpulang pada minda kita memanipulasikannya. semoga yang baik-baik sentiasa di sisi kita. semoga yang buruk-buruk di jauhkan daripada kita. 

My little caliph inside my tummy. Scan masa 11weeks 2 day. excited yakmat bila tengok jantung baby berdegup laju. Alhamdulillah kepala dah nampak, tangan kaki sume dah nampak time ni. Syukur ya Allah. 


Moga anak ummi membesar dengan sihat, sempurna, cukup sifat dan semuanya baik baik aje hendaknya. Aminn.  Ummi and walid love you baby. Alhamdulillah. 

Thanks for read bloggers. ;)


We Are Married ;)

Assalamualaikum.

Hoyeah. Lompat tinggi-tinggi sebab dah berjaya kahwin. Ha ha ha. One of My dream's already come true. Nak kahwin tahun ni, tercapai jugak. Dan nak ada baby dalam tummy this year harap tercapai. In Shaa Allah, jika diberi peluang dan keizinan Allah s.w.t. Amin. Okay. Tup tup aku dah kahwin. Macam tak caye pun ada yang aku ni dah jadi isteri orang. Heeeeee. Rasa sungguh bahagia. Bahagia sangat sangat. Hanya Allah yang tahu macam mana perasaan tu. Kalau sebelum ni bangun pagi tengok muka member kat sebelah, sekarang bangun pagi tengok muka suami yang penuh air liur basi*ok tipu. hehee.. suamii jangan marahh haaaaa.

Untuk sampai ke tahap ni panjang nau cerita. Banyak yang aku dan suami kena hadapi. Dugaan masa bertunang yang cukup hebat, yang sangat mendera hati dan perasaan kami suami isteri, apatah lagi kami adalah pasangan PJJ. Suami di timur dan aku di Kota Metropolitan. Salah sikit je mesti gaduh. Gaduh sikit je mesti rasa nak nangis. Rasa macam hubungan tak boleh diselamatkan. Emo terlebih pulak kami suami isteri sepanjang bertunang. Padahal hati terlampau sayang. Cuma diri aje yang ego, masing masing keras kepala taknak mengalah. Betul la orang kata time tunang kalau hati tak kuat memang macam macam bleh jadi. So dinasihatkan better uols tak payah bertunang, terus nikah je. Kalau nak tunang jugak, ikat jangan lama. 3 bulan je terus jalan. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Aku dan suami dah pun selamat disatukan after 8 tahun bercinta bergaduh bergomo dan macam macam ber lagi laaah. Allahuakbar.

Alhamdulillah, aku punya keluarga yang sangat mengambil berat, yang sedar setiap sesuatu yang terjadi antara kami. Aku memang jenis tak reti nak sorok muka kalau aku ada masalah. Mak lah yang akan nasihatkan aku supaya perlu belajar mengalah sebab dalam hidup berumahtangga sifat tulah yang paling penting. You are the best mom in the world. Love you mom ! 

Alhamdulillah juga, sebelum aku hanyut dan hilang dalam dunia keras kepalaku, ada yang tarik aku balik ke dunia aku yang sebenar. Tunang aku, sekarang dah jadi suami, sangat sabar orangnya. Ikut rentak aku walaubagaimanapun aku waktu tu. You are the best man sayang. I Love You So Much Much Much Much. Takde kata yang boleh gambarkan betapa sayangnya syg pd abg.

Okay. Ini gambar belanja. Nikah itu hari. Haha. Saya sayang suami saya. Saya cinta suami saya selagi dia mencintai Allah s.w.t. Ngeeeeee.

21/11- akad nikah


mekap by sonia erics.


TQ BFF byk tolong mila. Lots of love.


Incik Syeben. Love You Sayang.


Macam macam style hado. hehee


 Muka tok laki kawe dok reti nk senyum. Cetum sokmo. Lapar bokali. Akad nikoh kul 10 tok kadi sampai lambat. Aishhh


otw g outdoor. Ni masa majlis rumah pengantin perempuan-22/11/2014


husband and wifey <3


classic katanye.


ngeeeeeeee ;)

aqib yang mucuk.


senyum senyum kambing tu dah kenapa? huhuhu


awesome mekap by sonia.


Kekasih halalkuu.. heeeeeee

hencemm nye suamiku. heeee. Puji suami sendiri. Lolzz


Mata bertentang mata. Heeee


With kakak iparku. You are very sporting and humble.


muka cik syeben ngantukk.  Majlis bertandang-29/11


kazen belah suami. 


I Love You Darling.


Suamiku yang koboi. Sampin awal awal lagi dia buang.


mekap majlis bertandang from Kak Nora. 


**Sabda Nabi Muhammad S.A.W**

"Apabila berkahwin seseorang itu, maka sempurnalah separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah S.W.T untuk selebihnya."

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~